“REIYYA, kenapa dengan rambut kamu tu?” Tanya Malik kepada Reiyya yang sedang menuruni tangga. Pelik kerana rambut gadis itu terlalu pendek sehingga menampakkan
leher. Rambut gadis itu juga tidak kemas seolah-olah digunting secara paksa dan kasar.
Reiyya hanya diam. Tidak dipedulikan langsung soalan Malik itu. Sebaik saja menuruni tangga, dia membawa kaki menuju ke ruang makan.
“Reiyya, papa tanya ni. Kenapa dengan rambut kamu? Kamu gunting ke?” Sekali lagi Malik menyoal sebaik saja Reiyya melabuhkan duduk dikerusi bersebelahan dengannya.
Serina yang sedang menghidangkan makanan hanya menjeling sekilas ke arah Reiyya dan Malik. Jika diturutkan hati, ingin saja dia memarahi Reiyya kerana gadis itu tidak mengendahkan Malik tetapi pada malam itu mulutnya hanya mampu tertutup rapat.
Ella yang sedang duduk bertentangan dengan Reiyya juga hanya berdiam diri. Sekali sekala dia akan mengerling sekilas ke arah Reiyya dan Malik tetapi suaranya tetap tidak dikeluarkan. Entah kenapa malam itu suasana di ruang makan suram. Tiada lagi suara manja Ella dan suara Serina yang suka mengarah.
“Reiyya...” Malik membuka mulut sekali lagi. Pelik dia rasakan kerana Reiyya tidak menjawab pertanyaannya malah wajah gadis itu juga seakan-akan tiada riak dan perasaan. Wajah itu dingin entah kenapa. Tetapi belum sempat dia ingin menyambung soalannya, dia terkejut dengan apa yang didengarinya.
“Ish, diamlah! Orang nak makan pun tak senang!” Reiyya mengerutkan dahi sambil merengus kasar. Dia menjeling tajam ke arah Malik yang jelas tersentak itu. Di dalam hatinya tiada lagi rasa bersalah kerana bersikap kurang ajar kepada Malik tetapi haya ada perasaan marah dan benci.
Serina dan Ella juga tersentak. Reiyya yang selama ini lemah lembut dan mudah tersenyum sudah berubah laku. Kedua-duanya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat dan dengar sebentar tadi.
Buat beberapa saat masing-masing diam tidak berkata. Baik Serina mahupun Ella, masing-masing membisu.
“Kenapa ni? Reiyya ada masalah ke? Cuba cakap dengan papa.” Malik masih lagi menyoal dengan lemah lembut. Dia percaya tentu ada sebab kenapa gadis ini berubah sebegitu rupa kerana selama ini Reiyya yang dikenalinya seorang yang sangat menghormati orang tua dan sering menjaga tutur kata dan bahasanya.
“Huh!” Sekali lagi Reiyya merengus. Entah kenapa keprihatinan yang ditunjukkan oleh Malik membuatkan dia rimas dan jelak.
“Reiyya...” Kali ini Malik mencuba untuk mencapai tangan kanan milik Reiyya dia atas meja.
“Eee aku kata diam tu diam je lah! Tak faham bahasa ke! Tak boleh ke bagi aku makan dengan tenang! Jangan nak tunjuk prihatinlah!” Tenpelak Reiyya sekali lagi seraya bangun daripada kerusi dengan kasar sehinggakan kerusi yang diduduki sebentar tadi terjatuh ke belakang. Matanya tajam memandang Malik yang jelas sekali lagi tersentak kuat.
“Eh, yang kau ni kenapa! Kenapa kurang ajar sangat dengan papa kau hah!” Kali ini Serina pula yang menengking Reiyya. Sungguh dia terkejut kerana Reiyya sudah bersikap kurang ajar tetapi kerana perbuatan melampau Reiyya itu dia jadi panas. Baginya sikap kurang ajar Reiyya sekarang ini memalukannya.
Reiyya hanya tersenyum sinis. Kalau dulu dia akan gentar apabila Serina menengkingnya tetapi kini perasaan itu sudah tiada, sudah mati! Mati bersama kenyataan yang baru saja dia tahu pada petang tadi.
“Kak Reiyya kenapa cakap macam tu dengan papa. Janganlah macam tu kak Reiyya. Kesian papa.” Kali ini suara Ella pula yang kedengaran. Suaranya yang manja itu lantas membuatkan darah Reiyya semakin menggelegak marah. Dia menjadi benci dengan suara itu.
“Eh, kau pun diam! Kau jangan nak berlakon depan akulah! Tak payah nak berlakon jadi baik!” Herdik Reiyya sambil menuding jari ke arah Ella. Ella yang pada awalnya tersentak terus menangis. Pantas dia berlari ke atas dan mengunci biliknya. Malik yang melihat kelakuan Reiyya yang melampau itu turut berdiri. Dia sudah hilang sabar. Kelakuan Reiyya yang menyebabkan puteri kesayangannya menangis membuatkan dia marah.
“Reiyya ni kenapa? Kenapa dah jadi kurang ajar sangat hah. Kenapa herdik Ella.” Ujar Malik masih lagi dengan suara yang tertahan agar tidak menengking gadis itu.
Reiyya sekali lagi tersenyum sinis. Dia menjeling tajam ke arah Serina yang memandangnya tajam sebelum mengalihkan pandangan ke arah Malik yang sedang manahan berangnya.
“Reiyya kurang ajar? Reiyya yang kurang ajar? Hei, akukah yang kurang ajar selama ni?!” Jerit Reiyya sambil matanya mencerlung memandang Malik. Malik tidak tahu apa-apa jadi dia tidak layak untuk menilainya. Dia tidak layak.
“Apa masalah Reiyya yang sebenarnya hah? Kenapa sampai jadi macam ni!” Kali ini suara Malik juga menaik. Sabar yang ditahan tadi semakin nipis.
“Selama ni Reiyya tak pernah ada masalah! Yang ada masalah tu anak kesayangan kau! Ini ni perempuan ni, bini kau ni yang ada masalah!!!” Jerit Reiyya juga sambil menuding jari ke arah Serina yang berada di kirinya.
Pannnggg!!!
Reiyya memegang pipi kanannya yang perit. Satu lagi tangannya menyentuh tepi bibirnya yang berdarah. Dia mendongak memandang Malik tajam dan penuh kebencian.
Malik tersentak! Dia tidak menyangka bahawa dia baru saja menampar Reiyya. Tapi bukan itu saja. Dia tersentak kerana pandangan gadis itu penuh dengan amarah dan kebencian. Reiyya yang sebelum ini lembut seolah-olah sudah ditelan oleh kebencian. Reiyya yang berada di hadapannya ini bukannya Reiyya yang pernah dikenalinya dulu tetapi Reiyya yang seratus peratus sudah berubah.
Reiyya pantas berlari ke atas dan menghempas pintu biliknya kuat. Malik terduduk di atas kerusi. Dia meraup muka seolah-olah dia merasa kesal. Kesal dengan perbuatannya dan kesal dengan perubahan yang berlaku pada Reiyya.
Serina yang melihat segala kejadian tadi terpaku. Matanya bulat apabila melihat Malik menampar Reiyya tadi. Dia tidak tahu ingin berbuat apa. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia ingin tersenyum puas atau menangis. Dia tidak tahu ingin menunjukkan perasaan apa. Semuanya berlaku dengan terlalu pantas sehingga dia merasakan dia tidak mampu untuk menangkap kejadian yang berlaku tadi.
“REIYYA!” Suara lantang Cikgu Zainab kedengaran. Menggelagak darah cikgu sejarah itu apabila melihat Reiyya yang sedang enak tidur di dalam kelasnya. Gadis itu hanya selamba memeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi dengan malas. Bukan sekali dia memarahi dan mendenda gadis itu tetapi sudah berkali-kali.
Reiyya yang mendengar suara lantang Cikgu Zainab memanggil namanya tidak terkutik. Hanya matanya saja yang dibuka malas seraya memandang cikgu itu dengan bersahaja seolah-olah dia tidak membuat salah.
“Saya nak awak keluar daripada kelas saya sekarang juga!” Sekali lagi suara lantang itu menjerit ke arah Reiyya yang sedang duduk di belakang kelas sambil menuding jari ke arah luar kelas.
Reiyya bangun daripada posisi sandarnya dan meliarkan matanya di segenap sudut kelas itu. Kepalanya tertoleh-toleh seolah sedang mencari sesuatu.
“Apa yang awak cari tu! Saya kata keluar daripada kelas saya sekarang juga!” Cikgu Zainab semakin berang.
Mendengar nada suara yang lantang itu membuatkan Reiyya mengalihkan matanya memandang wajah Cikgu Zainab dengan tajam. Kemudian dia bangun lalu berjalan keluar daripada kelas.
Namun sebaik saja kedua-dua kakinya menjejak lantai di luar kelas, dia menoleh dan memusingkan tubuhnya ke belakang seraya memandang ke arah Cikgu Zainab yang sedang memandangnya berang. Dia berdiri tegak lalu memandang ke atas. Memandang ke arah papan nama kelas yang dilekatkan pada atas pintu kelas. Apabila matanya dijatuhkan, dia melangkah kembali ke dalam kelas dengan lagak yang bersahaja.
“Kan saya suruh keluar!” Mata guru yang berumur lewat 40 itu terbeliak. Gadis yang melangkah menghampirinya itu seakan-akan ingin mencabarnya.
Sebaik saja berdiri berhadapan dengan guru yang berkaca mata itu, Reiyya tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh seraya memandang Cikgu Zainab dengan penuh sinis.
“Tadi cikgu suruh saya keluar daripada kelas cikgu tapi cikgu tahu tak...” Reiyya berjeda seketika sebelum meleretkan senyuman dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Cikgu Zainab.
“Kelas ni bukannya kelas cikgu pun.” Seusai saja menuturkan kata dia berundur ke belakang setapak.
“Anasti Reiyya!!!” Suara Cikgu Zainab yang bagaikan halilintar itu bergema sekali lagi. Pelajar-pelajar lain yang berada di dalam kelas tersebut sudah kecut perut tetapi lain pula dengan reaksi Reiyya. Dia hanya tergelak kecil apabila telah berjaya mengenakan Cikgu Zainab yang gemuk itu.
“Betullah apa yang saya cakap tadi. Saya dah cari setiap sudut kelas ni, kat luar dekat papan nama kelas pun saya dah tengok tapi nama cikgu memang tiada.” Sekali lagi Reiyya menjawab berani dan selamba.
“Get out of the class now!” Cikgu Zainab bertempik marah. Suaranya yang bagaikan guruh itu mampu menggegarkan sekolah.
“Oh, cikgu dah cakap orang putih dah.” Sekali lagi dia tersenyum sinis lalu berjalan keluar daripada kelas.
Cikgu Zainab mengusap dadanya. Jantungnya bagaikan ingin terkeluar kerana terlalu marah dengan sikap kurang ajar Reiyya itu. Gadis itu dirasakan semakin lama semakin biadap. Walaupun baru dua bulan gadis itu bersekolah di sini, dia sudah mampu mencipta nama di buku disiplin sekolah.
“HAI kak Reiyya!” Tegur Ella apabila berselisih bahu dengan Reiyya ketika hendak ke kantin. Reiyya hanya menjeling tajam tanpa membalas teguran Ella itu.
Dengan lenggok bagaikan model Reiyya berjalan mendekati meja yang terletak pada hujung kantin tersebut. Dia berjalan mendekati sekelompok lelaki yang sedang melepak sambil giat berketawa. Apabila semakin dekat dia semakin berjalan melenggang.
“Hai, Fiq.” Sapa Reiyya dengan lenggok suara yang manja kepada Taufiq.
Taufiq yang mendengar sapaan Reiyya hanya tersenyum. Lenggok jalan dan suara manja Reiyya sesungguhnya mampu membuatkan dia berdebar. Gadis ini sememangnya mampu membuatkan setiap orang lelaki cair melutut padanya.
“You guys, boleh tak tinggalkan kami berdua? Please...” Ujar Reiyya dengan suara yang sengaja dilenggokkan agar kawan-kawan Taufiq mampu memberi kerjasama dan ternyata mereka beri. Sebaik saja mereka semua berlalu pergi, Reiyya kembali menguntumkan senyuman manisnya lalu mendekati Taufiq.
“You tak makan ke, Fiq?” Tanya Reiyya sambil berjalan mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Lelaki itu tidak menjauhkan diri tetapi hanya duduk diam tidak terkutik. Bahu dan lutut mereka bersentuhan. Reiyya sengaja duduk sebegitu rapat dengan Taufiq kerana dia ingin menggoda lelaki itu.
“Sekejap lagi I makanlah. You pula tak makan ke?” Tanya Taufiq sambil memalingkan wajah memandang Reiyya yang berada rapat di sisinya. Sebaik saja dia menoleh ke arah Reiyya, dia terpegun. Mereka terlalu rapat! Wajah cantik Reiyya menyapa pandangannya membuatkan dia menelan liur. Sungguh indah ciptaan Tuhan yang berada di hadapannya ini.
“I tak ada selera nak makanlah. I nak duduk dengan you je kat sini.” Suara manja Reiyya yang menyapa pendengaran membuatkan Taufiq tersedar daripada terleka menatap wajah gadis itu. Dia kembali mengukir senyuman yang mampu mencairkan hati wanita kepada Reiyya.
“Kenapa tak nak makan? Nak I suapkan ke?” Kali ini tangan Taufiq sudah merayap mencapai tangan Reiyya.
Reiyya melebarkan senyuman. Apabila merasa tangan Taufiq yang mengelus tangannya lembut cukup membuatkan dia bersorak gembira di dalam hati. Ternyata untuk memikat Taufiq, teman lelaki Ella merupakan kerja kacang. Lelaki ini begitu mudah cair dengannya.
“You nak suapkan ke? Tapi nanti girlfriend you marah pula.”
“Girlfriend? I mana ada girlfriend.” Kali ini Taufiq melemparkan senyuman yang menggoda kepada Reiyya.
“Ella tu bukan girlfriend you ke? You ni tipu I eh?” Reiyya melarikan tangannya daripada genggaman Taufiq.
“Mana ada. Kita orang kawan je lah. Kalau boleh I nak you yang jadi girlfriend I.” Tangan Reiyya dicapai sekali lagi sebelum melemparkan senyuman kacaknya.
Reiyya semakin melebarkan senyuman. Ayat yang baru baru saja didengarinya membuatkan dia gembira dan puas kerana lelaki ini menafikan hubungannya dengan Ella. Bukannya dia tidak tahu bahawa Taufiq dan Ella baru saja bercouple pada minggu lepas dan kini ternyata lelaki ini inginkan dia pula.
“KAK Reiyya...” Ella memanggil Reiyya dengan nada suara yang lemah.
Reiyya yang baru saja meletakkan kasut sekolahnya pada rak kasut merengus. Tidak dipedulikan Ella yang masih berada di muka pintu rumah itu.
“Kak Reiyya!” Kali ini Ella memanggil dengan nada yang sedikit tinggi daripada tadi.
“Ish! Kau nak apa?” Soal Reiyya kasar. Dia yang baru ingin menaiki tangga tidak jadi meneruskan langkah. Dia menoleh memandang Ella dengan wajah yang bengang. Dia sangat penat kerana baru pulang dari sekolah dan dia ingin tidur tetapi Ella membuatkan niatnya itu tergendala.
“Kenapa kak Reiyya rampas boyfriend Ella?” Soal Ella dengan nada suara yang sedih.
Reiyya menjongketkan kening sebelum tersenyum sinis. Ternyata Taufiq sudah pun memutuskan hubungannya dengan Ella mengikut permintaannya. Sungguh dia gembira dan semestinya puas. Menyakitkan hati Ella merupakan salah satu cara untuk dia memuaskan hatinya.
“Ella, kenapa ni?” Tanya satu suara yang tiba-tiba muncul dari muncul.
Reiyya mencebik sambil memeluk tubuh. Suara lembut Serina yang prihatin dengan Ella membuatkan dia jelak dan meluat.
“Tak ada apa-apalah mama.” Ujar Ella sambil tersenyum hambar.
“Betul ni? Atau Reiyya buli Ella lagi?”
“Betul! Ella tak apa-apa. Mama janganlah risau.” Kata Ella sambil bersungguh-sungguh untuk meyakinkan kepada Serina agar tidak mengesyaki kesedihan pada wajah dan suaranya.
Reiyya hanya menjeling ke atas. Dia dah mula dah. Dia dah mula berlakon dah!
“Mama tak percaya. Ini mesti ada kaitan dengan Reiyya kan? Hah, Reiyya! Kau buat apa dengan Ella?!” Tanya Serina dengan nada suara yang tinggi kepada Reiyya yang berada di kaki tangga.
Reiyya hanya tersenyum sinis sambil menjeling tajam ke arah Ella yang ternyata sedang menyembunyikan senyum.
“Reiyya buat apa? Oh, ya! Reiyya baru je rampas boyfriend si Ella. Hensem betul so Reiyya rampaslah.” Dengan selambanya Reiyya menjawab membuatkan Serina menbulatkan mata kepada Reiyya.
“Sampai hati kak Reiyya buat Ella macam tu. Ella sayang sangat dengan Taufiq tetapi kenapa kak Reiyya buat macam tu?” Wajah Ella semakin mendung dan matanya juga sudah berkaca.
Sekali lagi Reiyya menjeling ke atas sambil tersenyum sinis. “Huh! Such a drama queen.”
Kemudian, Ella berlari ke atas melepasi bahu Reiyya. Sendu tangisnya sudah kedengaran membuatkan Reiyya semakin jelak. Pelakon air mata betullah budak ni. Huh!
“Kenapa kau suka sangat buli adik kau hah! Dalam sehari kalau kau tak buat dia menangis tak bolehkah?!” Marah Serina sambil bercekak pinggang memandang Reiyya.
“Excuse me? Dia tu adik tiri aku so sebagai kakak tiri, buat apa nak berbaik dengan dia?” Usai saja menuturkan kata, Reiyya melangkah menuju ke biliknya. Tidak dihiraukan langsung Serina yang mememkik memanggil namanya.
Bummm!!!
Pintu bilik dihempas sekuat hati. Beg sekolahnya dilempar ke atas lantai lalu terus menghumbankan dirinya ke atas katil. Baru saja dia ingin melelapkan mata, pintu biliknya kedengaran dibuka.
“Hei! Kenapa rampas boyfriend Ella!” Jerkah Ella dengan suara yang tertahan-tahan.
Reiyya tersenyum sinis tetapi masih dengan mata yang terpejam. Ella yang sedang berang dihadapannya tidak dipedulikan langsung.
“Hei! Kak Reiyya ni pekak ke hah! Ella tanya kenapa rampas boyfriend Ella!”
Reiyya mendengus seraya bangkit dari pembaringannya. Dia memandang Ella dengan pandang jelak dan sinis. Nampaknya topeng bidadari dia dah buka. Hodoh betul!
“Jangan panggil aku kakaklah!”
“Now, listen!” Reiyya bangun lalu berdiri rapat dengan Ella. Membalas renungan Ella yang tajam.
“Mulai hari ini, aku akan rampas apa saja yang kau ada. Kalau aku berjaya maksudnya aku menang dan kau kalah. Tapi kalau aku tak berjaya, kau menang dan aku kalah. But, I don’t think that I will lose.” Reiyya tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.
“Kak Reiyya memang penjahat! Memang dasar kakak tiri yang jahat! Memang sorellastra yang jahat!” Kali ini dia menjerit marah kepada Reiyya. Sudah tidak dipedulikan kalau Serina mampu mendengar suaranya yang lantang.
Reiyya mengerutkan dahi. Bahasa apa pula budak ni pakai?
“Ops, sorry! Mesti kak Reiyya tak tahu apa maksud sorellastra kan? Owh, pity of you.” Kali ini giliran Ella pula yang tersenyum sinis manakala Reiyya merengus kasar mendengar ejekan Ella.
“Dear bad stepsister, sorellastra tu maksudnya kakak tiri. Memandangkan kak Reiyya tak suka dengar Ella panggil kak Reiyya kakak, then I will call you sorellastra. Nice name, right?”
Reiyya menjongketkan kening sebelum menjeling ke atas.
“Owh, aku sorellastra? Jadi kau apa? Cinderella?” Reiyya tersenyum sinis. Budak ni mana layak jadi cinderella. Huh! Jauh panggang dari api.
“Of course! Ella memang cinderella. I am the one yang sorellastra selalu buli. Memandangkan you sorellastra selalu buli Ella, maksudnya Ella memang cinderella.” Ucap Ella dengan bangga.
Cinderella kunun! Kena buli pun bangga ke? Huh, sungguh menyakitkan mata!
“Ya ya ya... kau memang cinderella a.k.a Cruella De Vil.” Usai saja berkata Reiyya ketawa dengan penuh mengejek.
“What! I’m not!” Ella membentak sambil menghentak kaki.
“Yes, you are! Tahu tak siapa Cruella De Vil? Ala, perempuan tua jahat yang tak sedar diri dalam cerita 101 Dalmation tu. Nama pun dah hampir sama. Kau Ella dia pun Ella.” Sekali lagi Reiyya ketawa puas melihat wajah Ella yang berang.
“Sorellastra jahat!” Sejurus itu Ella melangkah ganas keluar daripada bilik Reiyya. Pintu bilik dihempas bagaikan ingin roboh membuatkan Reiyya semakin galak ketawa.
‘Ya, aku memang sorellastra jadi aku akan pastikan kau takkan hidup senang sampailah belang kau pecah Ella!’
Best
ReplyDeleteThx :)
Deletebest...sambung please....
ReplyDeleteakn d smbung secepat yg mngkin :)
ReplyDelete