TOK! Tok! Tok!
Perlahan-lahan Reiyya membuka matanya. Pandangannya silau kerana sinaran matahari yang memancar masuk ke dalam biliknya.
“Reiyya? Kau ada dekat dalam ke?”
Suara Tink kedengaran di sebalik pintu. Dengan rasa malas Reiyya bangun dari pembaringannya dan bersandar pada kepala katil. Pandangannya dihalakan pula ke arah jam pada dinding yang baru menunjukkan pukul tujuh pagi.
Kali ini pandangannya dihalakan pula pada pintu bilik yang dibuka dari luar. Wajah Tink tersembul sebaik saja pintu bilik di buka.
“Kau pergi mana semalam? Aku tunggu kau sampai tengah malam tapi kau tak pulang. Aku call phone kau tapi tak berjawab. Aku risau kau tahu tak?”
Reiyya hanya diam sambil memandang kosong ke arah Tink. Dia sebenarnya masih dalam keadaan mamai. Segala soalan Tink belum lagi diproses dengan sepenuhnya.
“Semalam? Aku pergi mana?” Reiyya menggaru-garu kepalanya membuatkan rambutnya yang kusut itu bertambah kusut.
“Aik, yang kau tanya aku kenapa? Aku tanya kau, kau tanya aku balik.” Tink mengerutkan dahi. Hairan kerana Reiyya sepertinya kelihatan bingung.
Semalam aku pergi mana? Kelmarin sebaik saja dia beredar daripada rumah lamanya, dia terus memandu tanpa arah tuju di sekitar Kuala Lumpur. Pada waktu malam pula dia menghabiskan masanya di kelab-kelab malam sehingga pukul tiga pagi. Ya, aku semalam ke kelab malam.
“Aku pergi club semalam.” Sejurus itu dia menguap dan dengan selambanya kembali tidur tanpa mempedulikan Tink.
“Apa? Kau pergi club? Hei, Reiyya jangan tidur. Wei, jawab dulu pertanyaan aku. Apa yang kau buat dekat club, hah?” Tink mengetap bibir kerana geram dengan sikap selamba Reiyya yang kembali tidur tanpa mempedulikannya.
“Eeee jangan kacau aku boleh tak? Aku mengantuk ni.” Ujar Reiyya dengan mata yang masih terpejam. Tidak diendahkan lansung Tink yang tengah bengang dengannya ketika ini. Di dalam mindanya, dia hanya ingin tidur dan terus tidur.
“Huh! Yang kau pergi kelab malam tu buat apa? Kau tahu tak tempat tu banyak maksiat! Hei, kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Reiyya!” Tink hanya mengeluh lemah. Sia-sia saja dia membebel kerana ternyata Reiyya betul-betul sudah lena.
Dia memandang lama wajah Reiyya yang tenang ketika tidur itu. Kelihatan persis seperti bayi. Wajah itu tenang seolah-olah tidak dilanda masalah tetapi Tink tahu, hati gadis itu tidak pernah tenang. Hati Reiyya penuh dengan luka dan benci. Hatinya pernah dilukai dan kerana luka itu Reiyya tidak pernah merasa bahagia malah menganggap dirinya tidak layak untuk bahagia.
“Reiyya... bila kau nak lupakan semuanya? Sampai bila kau nak seksa diri kau?” Perlahan sungguh suara Tink. Sekali lagi dia mengeluh sebelum beredar keluar daripada bilik Reiyya.
Sebaik saja pintu bilik ditutup, matanya yang terpejam dicelik. Reiyya memandang kosong ke arah pintu biliknya yang tertutup rapat itu. Tidak. Dia belum lagi lena dan dia dengar apa yang dikatakan Tink tadi.
‘Aku juga harap aku dapat melupakan semuanya tapi aku tak boleh. Biarlah aku terseksa kerana aku selesa begini.’
‘ISH! Mana si Tink ni? Janji pukul 12 nak lunch sama-sama, ini dah pukul 1 tetap tak nampak batang hidung! Huh!’
Reiyya semakin bengang. Bengang dengan kelewatan Tink dan bengang kerana dia sudah berdiri menunggu selama satu jam. Bukannya di dalam bangunan tetapi di luar bangunan bawah matahari!
“Dia tak tahu ke yang aku tengah panas ni? Si Tink ni memang nak kena!” Entah sudah kali ke berapa dia merungut dan mengutuk sahabatnya itu. Dalam masa sejam jugalah dia macam orang gila bercakap seorang diri kerana merungut tidak puas hati dengan Tink. Orang yang lalu lalang juga sudah memandangnya pelik.
Matanya diliarkan pada sekitar bangunan tempat kerja Tink itu. Berharap agar dia jumpa kelibat Tink di mana-mana tetapi hampa. Sekali lagi dia melihat jam tangannya.
“Arghhh! I give up!” Sudah sejam lima minit dia berdiri bagaikan orang bodoh menantikan Tink dan akhirnya dia membuat keputusan untuk beredar. Sakit hati dengan Tink yang tidak muncul-muncul dan sakit juga kulitnya yang merah kerana matahari yang memancar terik
Sebaik saja dia menoleh ingin beredar, tanpa diduga Reiyya dirempuh kuat sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk.
“I’m so so sorry, miss. Are you akey?” Ujar satu suara garau yang semestinya orang yang bertanggungjawab merempuhnya.
“Okey kepala tengkorak kau!” Dengan pantas Reiyya berdiri sambil menepis huluran tangan yang diberikan oleh lelaki tersebut. Dia yang sememangnya tengah marah semakin berang dengan kejadian sebentar tadi.
“Hei, kau dah buta ke! Ada mata tu gunalah! Jangan pakai lutut!” Tempelak Reiyya. Tidak dipedulikan langsung jikalau lelaki itu akan terguris mahupun marah. Apa yang dia tahu dia ingin melampiaskan marahnya. Sudahlah aku tengah bengang dengan Tink, dia ni lagi nak tambah berang aku. Huh!
“Apa tengok-tengok? Kau nak penampar ke!” Semakin panas hati Reiyya apabila lelaki yang berkaca mata hitam dengan T-shirt polo putih dan jeans lusuh itu diam tidak terkutik. Lelaki itu tanpa kata hanya memandangnya.
“Reiyya...” Tiba-tiba namanya disebut.
Reiyya mengerutkan dahi. Aik! Macam mana lelaki ni tahu nama aku? Aku ada beritahu ke? Eh, aku kenal dia ke?
“Eh, macam mana kau tahu nama aku! Hah, baik kau cakap!” Kali ini Reiyya sudah bercekak pinggang. Dia memandang tajam lelaki yang berada di hadapannya itu.
“You tak kenal I ke?” Soal lelaki itu sambil berjalan mendekati Reiyya.
Siapa lelaki ni? Aku kenal ke? Tapi macam kenal pula. Tiba-tiba terlintas di mindanya pada seorang lelaki yang sememangnya pernah dia kenal dahulu.
“Tak... takkan lah...”
Lelaki itu kemudiannya menanggalkan kaca mata hitamnya sebelum sempat Reiyya meneka siapakah gerangan lelaki tersebut. Sebaik saja kaca mata di buka Reiyya tersentak. Nafasnya seperti tersekat dan jantungnya seolah-olah berhenti berdegup.
“Reiyya, you tak kenal I ke?” Sekali lagi Reiyya tersentak.
Suara garau itu! Ya, suara yang sudah tertanam di dalam kepalanya. Tetapi kenapa dia tidak perasan tadi? Kenapa dia di sini? Macam mana aku boleh terserempak dengan dia?
Wajahnya yang merah kerana bahang matahari tadi sudah bertukar pucat. Matanya bulat terkejut dengan apa yang dilihat di hadapan mata. Sesungguhnya pertemuan ini tidak pernah disangka dan tidak diminta malah dia tidak suka dengan pertemuan ini.
“Carl...” Lemah saja suara Reiyya menuturkan nama lelaki itu. Sungguh lemah sehingga hampir tidak kedengaran.
“Carl? You call me Carl?”
“Then, you want me to call you a jerk?” Sinis balasan Reiyya. Jika tadi hatinya mendidih marah dengan Tink, kini rasa itu sudah beralih pada lelaki di hadapannya itu.
Reiyya mengangkat kaki ingin segera berlalu dari situ. Dia tidak ingin berhadapan dengan Carl. Dia benci dengan lelaki itu. Dia benci dengan pertemuan ini. Kenapa? Kenapa harus berjumpa dengan dia dekat sini? Aku tak patut jumpa dia dekat sini!
“Wait,Reiyya...” Carl memaut tangan Reiyya.
“Don’t touch me!” Dengan pantas juga Reiyya merentap tangannya daripada pegangan Carl. Carl dipandang dengan tajam dan penuh benci. Wajahnya menggambarkan penuh kebencian pada Carl. Tiada rasa lain tapi hanya benci.
“Don’t you dare to touch me because I hate you and I hate you a lot!” Usai saja dia menghamburkan rasa bencinya pada lelaki itu dia pantas berlalu.
‘I hate you, Carl and I hate you! Kenapa kita harus berjumpa? Setelah apa yang terjadi kenapa kita harus berjumpa? Kita tak patut berjumpa, Carl. Kita tak patut!’
Susuk tubuh Reiyya yang semakin menghilang itu hanya dipandang oleh Carl. Sungguh dia juga terkejut apabila terserempak dengan Reiyya sebentar tadi. Sungguh dia tidak pernah menyangka untuk berjumpa dengan Reiyya di sini pada hari ini.
“You’ve change a lot, Reiyya...” Gumam Carl perlahan sebelum melepaskan keluhan.
REIYYA berjalan lemah masuk ke dalam rumah. Tubuhnya dihempas ke atas sofa dan memejam rapat matanya. Tiba-tiba blackberry kepunyaannya memekik minta diangkat membuatkan Reiyya merengus kasar.
“Hello?” Lemah saja suara Reiyya menyapa si pemanggil. Dia tidak tahu siapakah gerangan si pemanggil kerana dia tidak melihat nama pada screen blackberry itu.
“Reiyyya, kau dekat mana?” Sebaik saja dia mendengar suara si pemanggil Reiyya menegakkan badannya.
“Hah, baru sekarang kau call aku. Hei Tink, kau tahu tak aku tunggu kau macam orang gila dekat luar bangunan pejabat kau tu. Selama satu jam aku tunggu kau. Satu jam!” Tanpa berlengah dia melampiaskan rasa bengangnya kepada Tink. Mana mungkin dia lupa kerana gara-gara menunggu Tink dia harus berjemur di bawah matahari selama satu jam. Bukan itu saja, dia juga terserempak dengan Carl yang sememangnya makhluk tuhan yang paling dibencinya.
“I’m so sorry, Reiyya. Aku ada emergency meeting tadi tapi aku tak sempat call kau. Aku ingatkan meeting tadi tu sekejap je rupanya lama. Sorry, ya?” Ujar Tink dengan rasa bersalah kepada Reiyya. Reiyya hanya mencebik.
“Sorry naik lori makan strawberry lah!” Reiyya kembali bersandar pada sofa. Sungguh pada saat ini, dia berasa geram yang teramat dengan Tink. Ingin saja dia memekik marah dan meluahkan rasa bengang dan tidak puas hatinya kepada Tink. Tetapi memikirkan Tink merupakan sahabatnya, dia batalkan saja niatnya yang satu itu.
“Ala, janganlah marah. Aku tak...”
“Jangan marah? Hei, mahunya aku tak marah. Aku tunggu kau selama satu jam kau tahu tak.” Adakah patut dia suruh aku jangan marah. Hei, mana boleh!
“Ya, aku tahu. Aku tahu aku sudah mungkir janji. Aku betul-betul minta maaf dengan kau. Maafkan aku ya? Please...” Suara Tink mendayu-dayu meminta maaf kepada Reiyya. Kali ini, Reiyya tidak membalas kata. Dia hanya berdiam diri. Sebenarnya dia ingin menenangkan diri dan hatinya yang panas.
“Malam ni aku belanja kau makan dekat KLCC. Please, jangan marah, ya?” Sekali lagi Tink merayu agar dimaafkan.
Reiyya melepaskan keluhan. Dia sebenarnya bukan marah sangat dengan Tink tetapi disebabkan pertemuan yang tidak disangka dengan Carl tadi betul-betul membuatkan emosinya terganggu.
“Okey, whatever.” Sejurus itu Reiyya mematikan panggilan.
Kemudian, dia bangkit dan berjalan naik menuju ke biliknya. Sebaik saja dia menutup biliknya, dia bersandar pada pintu dan melurut jatuh ke lantai. Sambil memeluk lutut dan kepala bersandar pada pintu dia memejam mata. Dia cuba untuk berfikir tentang kejadian hari ini.
Baru tiga hari aku dekat Malaysia, kenapa aku harus jumpa dia? Kenapa harus ada pertemuan ini? Arghhh! Aku tidak patut berjumpa dengan dia walaupun hanya kebetulan.
Dia membuka mata dan memandang kotak biru yang terletak di tepi almari. Buat beberapa saat, Reiyya hanya melihat dan terus melihat. Dia berfikir, wajarkah dia mendekati kotak itu? Wajarkah dia membuka dan melihat isi kotak tersebut.
Setelah beberapa saat berperang dengan hati dan mindanya, dia bangkit. Lambat-lambat dia mendekati kotak itu dan kini kotak biru itu sudah pun berada di tangannya. Perlahan-lahan, Reiyya duduk di birai katil dan melihat kotak biru yang berada pada pegangannya itu.
“Antara kita hanyalah kenangan. Buat apa aku harus ingatkan kau semula? Aku tak patut ingat semua ini. Tak, aku tak patut!” Kotak biru dengan ribbon pink itu dihumban pada dinding.
“I hate you, Carl! I hate you!” Wajah Reiyya merah. Dahinya berkerut dan bibirnya bergetar. Nafasnya juga turun naik menggambarkan dia sedang menahan amarahnya.
Mengenangkan lelaki itu, dia hanya akan rasa sakit. Mengingati lelaki itu hanya membuatkan dia marah. Mengenangkan kenangan mereka hanya akan membuatkan dia benci.
“Arghhh!!!” Reiyya menjerit sekuat hatinya. Dia ingin menjerit dan meluahkan apa yang berbuku di dalam hatinya. Alangkah bagusnya kalau hanya dengan menjerit rasa sakit yang timbul ini akan hilang. Tapi rasa sakit ini tak mungkin akan hilang begitu saja. Tak mungkin!
No comments:
Post a Comment