Pages

Novel : Aku Hanya Sorellastra Cinderella 6


“Kau masih marahkan aku ke, Reiyya?” Tink menyoal.
     Reiyya yang mendengar soalan Tink hanya menggelengkan kepala. Tidak dialihkan langsung
pandangannya kepada Tink. Dia hanya menumpukan perhatian pada makanan yang terhidang.
     “Betul? Betul ni tak marah dekat aku lagi?” Sekali lagi Tink meminta kepastian.
     Masih lagi tanpa suara Reiyya mengangguk. Bukannya dia ingin mengendahkan Tink tetapi perutnya yang lapar perlu diisi dengan segera. Seharian dia tidak makan kerana Tink tidak muncul sewaktu lunch tadi. Di tambah lagi dengan emosinya yang terganggu, dia perlu makan.
     “Kalau betul kau tak marah kenapa kau diam? Kau tak nak bercakap dengan aku lagi ke?” Kali ini suara Tink semakin rendah. Dia terasa hati dengan sikap Reiyya yang seolah-olah ingin menyisihkannya.
     “Kau tak nampak ke aku tengah makan? Macam mana aku nak bercakap dengan kau? Sudahlah tadi lunch aku tak makan. Mahunya aku kebulur.” Reiyya hanya menjeling Tink. Tink pula tersengih mendengar rungutan Reiyya.
     “Okey okey okey. Lain kali aku tak mungkir janji lagi ya.” Tink mencapai sudu serta garpu dan mula menikmati hidangan yang tersedia.
     “No no no. Aku tak nak keluar lunch dengan kau lagi melainkan kau yang ambil kau. Faham tu!” 
     Tink hanya tersengih macam kerang busuk. Kemudian, dia mengalihkan pandangan dan saat matanya melihat pada pintu restoran dia terkejut. Matanya membulat dan makanan pada sudu yang ingin disuapkan pada mulutnya terhenti.
     Reiyya yang berasa berasa pelik dengan situasi senyap antara mereka mendongakkan kepala. Dahinya berkerut dan berasa hairan apabila melihat Tink yang seolah-olah kaku dengan mata yang bulat.
     “Kau ni kenapa, Tink? Kena sampuk hantu ke?” 
     Kemudian, Tink mengalihkan pandangannya kepada wajah Reiyya tetapi masih lagi dengan mata yang bulat.
     “Reiyya...” Hanya nama sahabatnya saja yang dia mampu sebut. Dia tidak tahu berkata apa-apa. Apa yang dilihatnya di pintu restoran tadi sememangnya satu perkara yang dia risau. Bukan risau untuk dirinya tetapi risau untuk Reiyya.
     “Hah, apa? Kau ni betul-betul kena sampuklah.” Reiyya kembali menumpukan perhatian dengan hidangannya. 
     “Aku... aku rasa...” Tink menggigit bibir. Dia tidak tahu bagaimana caranya ingin memberitahu Reiyya tentang apa yang dilihatnya.
    “Kau rasa apa?” Reiyya menyoal tanpa memandang Tink.
     Tink semakin tidak keruan. Bagaikan cacing kepanasan apabila melihat apa yang dipandangnya tadi semakin menghampiri meja mereka. Tink sudah mula menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung. 
     “Kau ni kenapa, Tink? Ish, pelik aku.” Kali ini Reiyya sudah mula risau dengan kelakuan Tink yang tidak senang duduk itu. 
     Reiyya sudah meletakkan sudu dan garpu pada pinggannya dan menumpukan perhatian kepada Tink. Apabila dia mencapai gelas di tepi, mata Tink yang sepet itu terus bulat memandang tepi kanannya. Reiyya mengerutkan dahi. 
     Namun beberapa saat kemudian, segala perlakuan pelik Tink terjawab. Suara garau yang tiba-tiba menyapanya membuatkan dia kaku. Gelas yang berada pada pegangannya juga terhenti di bibirnya. Air yang ingin membasahkan tekaknya tidak mengalir masuk sebaik saja dia disapa.
     Nafasnya tersekat dan jatungnya bagaikan tidak berdegup. Masa seolah-olah terhenti. Pandangannya hanya ditalakan pada Tink. Buat beberapa saat, Reiyya mahupun Tink tidak bergerak mahupun bersuara. 
     “Reiyya...” Sekali lagi suara itu memanggil namanya. Namun, dia tetap kaku.
     “Ini Reiyya kan?” Suara itu meminta kepastian. 
     Baru kali ini, Reiyya mampu bergerak. Gelas di tangan diletak di atas meja. Nafas disedut dalam secara perlahan-lahan. Napkin dicapai dan dia mengelap mulutnya. Setelah itu, dia berdiri dan menoleh ke sisi menghadap mereka yang menyapanya tadi.
     “Kak Reiyya!” Sebaik saja dia bangun dan menoleh, dia dipeluk oleh gadis yang sama tinggi dengannya. Reiyya tersentak. Dia tidak sangka akan dipeluk dan ini membuatkan dia bengang. Wajahnya merah dan bila-bila masa saja amarahnya akan meletup.
     “Hei, lepaskan aku! Jangan peluk aku!” Reiyya segera menolak gadis yang memeluknya itu. 
     “Siapa kakak kau? Hei, aku bukan kakak kau lah!” Ujar Reiyya dengan nada suara yang tinggi tetapi masih terkawal. Gadis yang memeluknya tadi terkebil-kebil memandangnya. Reiyya merengus kasar dan memeluk tubuh memandang tiga orang insan dihadapannya.
     “Kenapa Reiyya cakap macam tu dengan Ella. Dia gembira bila jumpa Reiyya dekat sini. Papa dengan mama juga gembira jumpa dengan Reiyya.” 
     Reiyya mencebik dan menjeling ke atas. Ya, dia terserempak dengan keluarganya. Dia terserempak dengan mama, papa tirinya dan adik tirinya di KLCC. Huh!
     “So? Do I look like I care?” Reiyya tersenyum sinis. Dia memandang ke arah mamanya yang menunjukkan muka tidak senang. 
      “Mama happy ke jumpa dengan Reiyya?” Reiyya menyoal Serina dan ternyata Serina memalingkan mukanya ke arah lain. Tidak ingin langsung memandang Reiyya dan ini membuatkan Reiyya sekali lagi tersenyum sinis.
     “Tapi Ella happy jumpa dengan kak Reiyya.” Reiyya memalingkan pula wajahnya ke arah Ella yang tersenyum manis ke arahnya. 
     Huh! Kenapalah aku kena berjumpa dengan drama queen ni? Owh, I hate her!
    “Jom, Tink! Aku nak pulang sekarang juga!” Reiyya segera mengambil tas tangannya dan berlalu pergi. Tidak dipedulikan langsung dengan suara Malik yang memanggil namanya. 

“KENAPA kita kena pulang sekarang?” Soal Tink sebaik saja kereta mula meluncur di jalan raya.
     “Sebab aku tak nak berhadapan dengan dia orang.” Keras suara Reiyya menjawab.
     “Dia orang? You mean your family?” Tink menjeling sekilas ke arah Reiyya.
     “Dia orang pernah anggap aku sebagai family ke?” Reiyya tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh sambil memandang ke tepi tingkap.
     “Walau apa pun dia orang tu tetap family kau.”
     “Whatever!” Balas Reiyya dingin. Dia malas ingin berbicara tentang keluarganya. Buat apa ingin berbicara tentang mereka jika hatinya juga yang akan sakit nanti. Huh!
     “Sampai bila kau nak mengelak? Hari ni kau lari, esok lusa pun kau akan berjumpa dengan dia orang.” Tink mengalihkan pandangannya kepada Reiyya sebentar sebelum menumpukan kembali pandangannya pada jalan raya.
     “Aku peduli apa. Aku akan mengelak selagi aku boleh dan aku akan lari selagi aku benci dia orang.” Ucap Reiyya dengan nada suara yang tinggi. Bukan niatnya ingin meninggikan suara kepada Tink tetapi apabila bercakap mengenai keluarganya dia akan jadi berang.
     “Tapi...” Belum sempat Tink menyudahkan kata, Reiyya memotong percakapannya.
     “Please, Tink. Kau kawan aku dan kau tahu yang aku tak suka bercakap tentang dia orang so just diam boleh tak?” Reiyya menyandarkan kepalanya dan memejamkan mata.
     Tink juga sudah mula senyap dan kedua-duanya membisu.
     ‘Huh! Tadi tengah hari terserempak dengan Carl, lelaki yang paling aku benci dan malam ini terjumpa pula dengan family yang aku tak pernah anggap sebagai family. Kenapa hari ni aku kena jumpa semua orang yang aku tak suka dan benci? Arghhh! Hari yang malang!
     Tink yang melihat Reiyya memejamkan mata seolah tengah berfikir hanya menggelengkan kepala. 
     ‘Harap-harap suatu hari nanti hati kau akan bersih daripada segala dendam dan benci, Reiyya. Kau hanya akan terseksa kalau kau terus begini.’

WHY does it feel so good but hurt so bad, my mind...
     Lagu Troublemaker tiba-tiba memecah kesunyian sekali gus menyedarkan Reiyya daripada tidur.
     “Aduh! Siapa kacau aku pagi-pagi ni? Tak tahu ke aku tengah tidur.” Gumam Reiyya yang masih memejamkan mata. Tangannya meliar mencari blackberry kepunyaannya. Apabila punat hijau ditekan dia terus melekapkan blackberry itu di telinga kanannya.
     “Hello...” Suara serak basah Reiyya menyapa. 
     “Assalamualaikum, Reiyya.” Sebaik saja mendengar suara garau itu, mata yang terpejam rapat tadi terbuka bulat.
     “Reiyya, ini papa.” Kali ini, daripada posisi tidur melentang dia bangun duduk melunjur. 
     “Reiyya? Dengar tak suara papa ni?” 
     Klik!
     Reiyya terus mematikan panggilan. Matanya terkebil-kebil memandang telefonnya di tangan.
     Papa? Eh, macam mana papa boleh dapat nombor telefon aku ni? Setahu aku Tink je yang tahu nombor telefon aku. Macam mana orang tua ni boleh dapat nombor telefon aku? Eh, kejap kejap... Aku tak mimpi kan?
     Reiyya meliarkan matanya memandang sekeliling dan akhir sekali melihat angka jam.Baru pukul 9 pagi. Sekali lagi dia memandang telefonnya yang kembali berdering. Akhirnya, Reiyya menjawab juga panggilan papanya itu setelah tiga kali memekik minta di angkat. Nafas di tarik dalam-dalam sebeum telefon dilekapkan di telinganya.
     “Hmm, nak apa?” Dingin saja suara Reiyya menyapa.
     “Kenapa putuskan panggilan tadi? Kenapa tak nak jawab call papa tadi?” Soal Malik masih lagi dengan suara yang lembut. Suara seorang ayah kepada anak perempuannya walaupun Reiyya hanyalah anak tirinya.
     “You call me just to ask me that questions?” Reiyya mencebik. Kemudian, dia terdengar Malik yang mengeluh lemah. 
     “Salah ke papa tanya Reiyya?” Suara Malik kedengaran lirih. Mungkin kesal dengan Reiyya yang sepertinya tidak ingin bercakap dengannya.
     “Whatever! Just call a spade a spade. Kenapa call Reiyya? Dari mana dapat nombor Reiyya?” Kerutan di dahinya timbul. Dia tidak senang dengan panggilan papa ini. Sungguh dia tidak suka.
      “Bukannya susah nak dapat nombor telefon Reiyya dengan zaman teknologi sekarang ni. Papa call ni sebab papa nak jumpa Reiyya.” Terang Malik. 
     “Jumpa Reiyya? Buat apa nak jumpa? Tak payahlah sebab Reiyya tiada  masa.” Bohong Reiyya. 
     Tiada masa? Huh, dia ada banyak masa memandangkan dia belum lagi bekerja. Sekarang ini dia masih lagi menanam anggur dan merancang untuk mencari kerja sebulan kemudian. Dia sengaja memberi alasan sedemikian kerana dia sememangnya tidak ingin berjumpa dengan Malik lagi. Cukuplah pertembungan yang tidak di atur seminggu yang lalu di KLCC.
     “Tiada masa? Reiyya betul-betul tiada masa atau sengaja tak nak jumpa papa?” 
     Reiyya terdiam. Nampaknya tembakan papa mengena. Memang dia sengaja tak nak berjumpa dengan Malik. 
     “Beginilah...” Malik berjeda seketika. Reiyya hanya diam menantikan ucapan Malik.
     “Papa nak Reiyya jumpa papa di pejabat papa. Nanti papa akan hantar driver papa untuk ambil Reiyya. Papa akan beri Reiyya selama seminggu untuk fikirkan tentang ni.” Ujar papa membuatkan mata Reiyya terjegil.
     Jumpa Malik di pejabat? Siap hantar driver untuk ambil aku? 
     “Why should I listen to you? Lagipun kenapa Reiyya yang kena jumpa papa dan bukan papa yang jumpa Reiyya?” Nada suara Reiyya semakin tinggi tapi cepat-cepat dia kawal. 
     “Reiyya nak papa jumpa Reiyya ke?” Suara lembut Malik menyoal. Malik seolah-olah tidak terasa dengan nada suara Reiyya yang tinggi malah masih menggunakan suara yang lembut.
     “Eh, tak payah!” Cepat-cepat Reiyya menegah. Ish! Dia tak tahu ke yang aku memang tak nak dan tak akan jumpa dia. 
     “Tak payah beri Reiyya masa selama seminggu untuk memikirkan cadangan papa tu sebab Reiyya dah ada jawapannya sekarang. Reiyya tak nak jumpa dan tak akan pergi pejabat papa.” 
     Kini, dia sudah tidak kisah. Dia tidak peduli jika jawapannya ini akan mengguriskan hati Malik kerana apa yang penting dia tidak akan berjumpa dengan Malik. Dia sudah tekad dia tidak akan jumpa dengan keluarganya apabila dia pulang ke Malaysia. Ya, itu tekadnya.
     “Kalau macam tu papa harus guna cara lain.” Suara Malik tetap tenang. Seolah-olah sudah mengagak apa jawapan yang akan diberi oleh Reiyya.
     “Papa gunalah cara apa pun, Reiyya tetap tak nak jumpa dengan papa.” Kerutan di dahi semakin jelas. Reiyya semakin bengang kerana Malik sepertinya yakin apabila bersuara. Yakin bahawa dia akan akur untuk berjumpa dengan Malik.
     “Papa akan hantar orang papa untuk heret Reiyya jumpa papa kalau Reiyya tetap degil. Walaupun papa terpaksa culik anak papa sendiri, papa sanggup asalkan papa dapat berjumpa dengan Reiyya.” 
     Reiyya tersentak. Matanya terjegil besar dan mulutnya juga sudah melongo.
     “What!!!” Kini suaranya sudah tidak mampu dikawal lagi. Kata-kata papanya sememangnya membuatkan dia terkejut sekali gus membuatkan dia semakin bengang dan marah.
     “Reiyya dengar kan apa yang papa cakap tadi.” Begitu tenang suara Malik menuturkan bicara tetapi tidak Reiyya. Nafasnya sudah turun naik dan wajahnya juga semakin merah.
     “Papa ugut Reiyya!” Reiyya membentak kasar. Sungguh dia tidak puas hati apabila Malik mengugut dia sedemikian rupa. Dia ingat aku ni apa?!
      “By hook or by crook, papa tetap nak Reiyya jumpa papa. Sekarang Reiyya ada dua pilihan sama ada Reiyya nak jumpa papa dengan sendiri atau papa terpaksa suruh orang heret Reiyya jumpa papa. Reiyya dah besar jadi rasanya Reiyya tahu mana nak pilih.”
     ‘Tak guna! Memang tak guna! Arghhh! Papa ugut aku? Hei, papa ingat aku kisah ke? Papa ingat aku akan makan dengan ugutan papa? Hei, ini Anasti Reiyya! Bukan senang diugut!’
     “I don’t care! Papa gunalah sepuluh cara pun, Reiyya tetap tak akan akur! Papa ingat dengan ugutan papa, Reiyya akan akur? Papa silap oranglah!” 
     Klik!
     Pantas dia mematikan panggilan dan menghumban telefonnya.
     “Aku tak akan termakan dengan ugutan papa! Tak akan!” Reiyya semakin berang dan bengang. Memikirkan ugutan Malik tadi sememangya membuatkan dia geram dan sakit hati. Arghhh!!!

“SO apa keputusan kau?” Tanya Tink sambil memandang Reiyya yang masih lagi belum surut kemarahannya.
     “Keputusan apa? Aku memang tak akan jumpa papa. Noktah!” Kerutan di dahi masih lagi belum hilang. Dia masih lagi bengang dengan Malik. Ugutan Malik sememangnya melampau.
     “Kau tak takut ke nanti papa kau betul-betul culik kau. Aku rasa papa kau tu serius bila dia cakap macam tu. Yalah kau ni kan degil so satu-satunya cara adalah dengan culik kau.”  Tink mencapai alatan kawalan jauh dan mula menukar rancangan televisyen.
     Reiyya menjeling tajam Tink. Tidak puas hati apabila Tink mengatakan dia degil. Huh!
      Tink yang melihat jellingan Reiyya untuknya itu hanya tersengih. Dia menjongketkan kening. Apa? Tak betul ke apa yang aku cakap?
     “Dia serius ke tak serius ke aku tak peduli! I don’t care and I don’t want to care!”  Usai saja menghabiskan kata dia terus bangkit dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Bersama wajah yang kelat Reiyya menghempas pintu bilik menyebabkan bahu Tink terhinjut.
     “Angin puting beliung si Reiyya ni memang dasyat. Ini baru angin puting beliung, kalau tsunami memang habis roboh rumah aku.” Tink hanya menggelengkan kepalanya dan kembali menonton televisyen.


2 comments: