“PAPA nak apa sebenarnya sampai culik Reiyya?” Soal Reiyya dingin.
Kerutan di dahinya jelas kelihatan. Wajahnya juga merah dan bibir diketap geram. Ya, baru sejam yang lalu dia diculik ketika dia sedang shoping seorang diri. Memang menyakitkan hati betul! Tengah syok-syok shoping kena culik. Eeee, memalukan betul! Kena heret di depan orang ramai membuatkan dia malu. Arghhh!!!
“Okey, saya nak baju warna biru ni dengan dress hitam ni.” Ujar Reiyya sambil menyerahkan baju yang dipilihnya itu kepada gadis yang bekerja di butik itu.
Wah! Sudah lama aku tak shoping, hari ini aku kena shoping puas-puas. Eeee, rindunya! Reiyya tersenyum ceria. Dia membelek-belek setiap baju dan dress yang ada di butik tersebut. Tidak kisah langsung dengan harga yang mahal yang penting cantik di pakai.
Tiba-tiba blackberry nya berdering. Lambat-lambat dia menjawab panggilan tersebut.
“Hello?” Sapa Reiyya namun tangannya masih lagi sibuk membelek dress merah yang menarik hatinya. Hmmm, ini cantik!
“Hei, Reiyya! Kau dekat mana sekarang?” Suara Tink kedengaran.
“Aku tengah shoping. Lama betul aku tak shoping so hari ini aku nak lepas gian.” Ujar Reiyya dengan senyuman dibibir. Hobinya memang shoping. Dengan shoping dia akan enjoy dan happy. Ya, satu-satunya cara untuk buat dia gembira adalah shoping.
“Patutlah tiada orang dekat rumah.”
“Yep! Kenapa?” Kali ini dress merah yang menarik hatinya itu dipadankan dengan tubuhnya.
“Aku ingatkan nak lunch dengan kau dekat rumah tapi bila aku sampai rumah tiada orang. Itu yang aku call kau. Ingatkan sudah kena culik oleh papa kau.” Di hujung kata Tink ketawa kecil membuatkan Reiyya mencebik.
Baru saja dia ingin membalas kata Tink, bahunya dipegang membuatkan Reiyya menoleh ke belakang. Sebaik saja badannya ditoleh, dia terkebil-kebil. Dua orang lelaki yang berbadan besar dengan sut serba hitam membuatkan matanya terkedip-kedip memandang.
‘Siapa pula ni?’ Monolognya sendirian. Belum sempat dia ingin membuka suara kepada dua orang lelaki tersebut, mereka terlebih dahulu membuka suara.
“Cik Reiyya, bukan?” Tanya salah seorang daripada lelaki tersebut.
Reiyya mengerutkan dahi tanda pelik. Suara Tink yang masih di talian membuatkan dia tersedar bahawa Tink masih lagi belum mematikan panggilan.
“Hei, Reiyya? Kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau okey ke?” Suara Tink yang jelas bimbang itu kedengaran.
“Tink, aku call kau balik nanti.” Sejurus itu dia mematikan talian. Blackberry diletakkan kembali ke dalam tas tangannya tanpa mengalihkan pandangannya daripada memandang dua orang lelaki tersebut.
“Ya, aku Reiyya. Nak apa?” Soal Reiyya tidak senang. Tengok daripada cara pemakaian, mereka nampak macam bodyguard tapi bodyguard siapa?
“Cik Reiyya kena ikut kami sekarang.”
“Excuse me? Buat apa aku kena ikut kau orang?” Reiyya menjadi bengang. Ek eleh! Sesuka hati kau je nak aku ikut kau orang. Apa kes!
“Cik Reiyya harus ikut kami sekarang juga. Ini arahan Datuk Malik Iskandar.”
Mata Reiyya membulat. Mendengar saja nama Malik disebut dia menjadi bengang.
“Cakap dengan bos kau orang tu yang aku tak akan jumpa dia. Suruh dia jangan mimpilah nak jumpa dengan aku. Jangan harap!” Reiyya merengus kasar. Jadi inilah dia orang Malik. Huh! Tak takut langsung.
Dengan wajah yang kelat dia kembali menoleh ke belakang dan membelek dress yang bergantungan dengan sedikit kasar. Moodnya yang ceria tadi sudah terjejas. Ish! Ini semua gara-gara papa!
Tiba-tiba kedua-dua lengannya dipegang. Reiyya tersentak. Dia memandang ke kanan kemudian ke kiri. Rupa-rupanya, kedua-dua bodygurad Malik telah memegang tangannya. Reiyya semakin bengang. Wajahnya juga semakin panas.
“Hei, apa yang kau orang buat hah! Hei, lepaskan aku! Aku kata lepaskan akulah!” Reiyya sudah memekik minta dilepaskan. Tidak dipedulikan mata orang yang memandang. Dia tidak mahu berjumpa dengan Malik!
“Kami minta maaf, cik Reiyya. Kami kena bawa cik Reiyya jumpa Datuk Malik. Ini satu arahan.”
“Kalau cik Reiyya tak mahu ikut kami jumpa Datuk Malik dengan rela hati, kami terpaksa heret cik Reiyya.” Ujar kedua-dua mereka.
Reiyya semakin panas hati. Arghhh! Tak guna! Sakit tangannya kerana dicengkam oleh bodyguard Malik yang berbadan besar ini tapi sakit lagi hatinya kerana arahan papanya yang menyebabkan dia jadi begini.
Reiyya meronta-ronta minta dilepaskan apabila dia diheret keluar daripada butik pakaian.
“Lepaskan aku! Aku akan lapor polis kalau kau tak lepaskan aku! Lepaskan akulah bodoh!” Macam orang kena histeria sudah Reiyya menjerit minta dilepaskan. Namun rontaan dan jeritannya hanyalah sia-sia kerana sememangnya tenaganya bukanlah tandingan mereka.
Akhirnya, dia terpaksa akur walaupun sepanjang perjalanan dia meronta minta dilepaskan. Walaupun ketika mereka sampai di bangunan milik Malik, dia tetap diheret masuk kerana risau Reiyya akan melarikan diri.
Sebaik saja dia diheret masuk ke dalam pejabat milik Malik, lelaki itu ternyata gembira melihatnya. Malah mengucapkan syabas kepada bodyguardnya yang telah berjaya membawanya ke mari. Apa dia ingat aku ni piala ke?!
“Papa nak apa sebenarnya?” Bentak Reiyya yang berdiri sambil memeluk tubuh. Matanya memandang tajam Malik yang tengah duduk.
“Duduklah dulu.” Ujar Malik sambil mempelawa Reiyya duduk berhadapan dengannya.
Reiyya hanya diam membungkam. Hatinya yang panas dan bengang belum surut lagi. Baginya, cara Malik itu sudah melampau.
“Papa minta maaf kalau cara papa ni melampau tapi kalau papa tak buat macam ni, Reiyya tentu tak nak jumpa dengan papa.” Ujar papa dengan suara yang lembut lalu berdiri daripada kerusi dan melangkah menghampiri Reiyya.
“Kalau sudah tahu yang Reiyya tak nak jumpa papa kenapa paksa? Reiyya tak suka kena paksa tahu tak!” Nada suara Reiyya semakin tinggi. Bukan senang baginya untuk menyejukkan hatinya yang tengah hangat ini.
“Papa nak sangat jumpa Reiyya. Sudah lima tahun papa tak jumpa Reiyya. Reiyya sudah makin besar dan cantik.” Ujar Malik bersama senyuman yang manis. Reiyya sememangnya sudah membesar dengan cepat malah membesar dengan cantik dan manis. Baginya gadis ini cantik tetapi tidak pada pakaiannya. Pakaian gadis ini agak mencolok mata.
Reiyya tersenyum sinis. Mendengar kata-kata Malik membuatkan dia jelak.
“Sekarang sudah jumpa kan? So Reiyya nak pulang sekarang juga!” Reiyya membentak. Tangannya dilurutkan ke sisi dan memandang tajam ke arah Malik.
Malik mengeluh lemah. Hati Reiyya terlalu keras. Kedegilan gadis ini tidak pernah luntur.
“Kenapa pulang Malaysia tak beritahu papa?” Soal Malik. Dia kesal kerana kepulangan Reiyya dirahsiakan. Gadis itu tidak mengkhabarkan kepulangannya ke Malaysia kepadanya. Jika mereka tidak bertembung ketika di KLCC dua minggu yang lalu, sehingga sekarang dia akan menyangka gadis itu masih lagi berada di luar negara.
“Ada beza ke kalau Reiyya beritahu atau tidak kepulangan Reiyya kepada papa?” Soal Reiyya dengan riak wajah yang dingin. Suaranya tidak lagi tinggi tetapi seolah sedang menyindir pula.
“Kalau Reiyya beritahu papa yang Reiyya nak pulang, papa akan jemput Reiyya dekat KLIA.” Malik menarik tangan gadis itu dan membawanya duduk. Reiyya hanya akur. Malik juga duduk di kerusinya berhadapan dengan Reiyya.
“Nak jemput? Tak payahlah. Reiyya bukannya Cinderella yang kena jemput.” Sekali lagi Reiyya tersenyum sinis. Dia mengalihkan pandangannya daripada memandang wajah Malik.
Malik sekali lagi mengeluh lemah. Entah kenapa Reiyya selalu dingin dengannya. Sudah bermacam cara dia lakukan. Dia melayan gadis itu dengan penuh kasih sayang walaupun Reiyya hanyalah anak tirinya tetapi Reiyya semakin liar dan sukar untuk dikawal. Reiyya semakin degil dan kuat melawan cakap. Malah selalu meninggikan suara bukan saja kepadanya malah kepada Serina ibu kandungnya sendiri dan juga Ella. Pelik juga dia rasakan kerana Reiyya sering membuli Ella tetapi Ella tetap diam malah sering memaafkan dan masih menyayangi Reiyya sebagai seorang kakak.
“Reiyya tinggal mana sekarang? Kerja apa?” Tanya Malik lagi. Dia cuba untuk melihat mata Reiyya tetapi gadis itu mengalihkan pandangan. Tetapi jika dia melihat ke dalam anak mata Reiyya, apa yang terpamer hanyalah kebencian dan kedinginan.
“Aik, kenapa tanya? Siasatlah sendiri. Papa dapat nombor telefon Reiyya macam mana? Begitulah juga cara papa cari di mana Reiyya tinggal,Reiyya kerja apa.” Reiyya bersandar pada kerusi dan kembali memeluk tubuh. Kata-kata yang ditujukan kepada Malik hanya sinis. Perasaan marah dan bengangnya belum lagi surut.
Huh... Entah berapa kali sudah Malik mengeluh dengan sikap Reiyya. Gadis ini tidak pernah tidak cuba menyakiti hatinya. Hati tuanya memanglah terguris tetapi dia sudah lali kerana ini bukan kali pertama gadis itu bersikap kurang ajar.
“Kenapa tak nak pulang rumah. Pulang rumah ya?” Malik cuba memujuk Reiyya dengan lembut. Dia berharap agar Reiyya bersetuju tetapi dapat diagak itu semua adalah mustahil.
“Tak nak! Tak suka! Malas!” Sepatah-patah Reiyya menjawab pertanyaan Malik.
“Reiyya nak papa ugut Reiyya lagi ke? Nak papa ugut supaya Reiyya dapat tinggal lagi dengan kami?” Lirih sungguh Malik. Dia berharap Reiyya dapat tinggal kembali bersama mereka sebagai keluarga. Reiyya tetap keluarganya.
Mata Reiyya membulat. Kemudian, dia memandang tajam ke arah Malik. Wajah Malik yang nampak jelas kesedihan membuatkan Reiyya mengalihkan kembali pandangannya. Wajah tua yang sedih itu membuatkan niatnya yang ingin menjerit marah terbantut. Inilah salah satunya sebab kenapa dia tidak ingin melihat wajah Malik. Melihat wajah mendung Malik membuatkan dia lembut hati.
“Kenapa nak paksa Reiyya. Reiyya tak suka kena ugut dan kena paksa. Reiyya tak suka tinggal dekat rumah tu. Papa tak faham ke?” Suaranya dikawal sebaik mungkin agar tidak menjerit marah. Reiyya bukanlah jenis orang yang boleh mengawal kemarahannya tetapi berhadapan dengan Malik membuatkan dia terpaksa.
“Tolonglah, Reiyya. Tolong papa ya? Tinggal balik dengan kami. Papa merayu sangat-sangat. Hanya untuk setahun saja. Tinggal dengan kami semula hanya untuk setahun. Ini saja yang papa minta.” Suara Malik bergetar. Dia merayu dan sanggup merendahkan egonya semata-mata ingin Reiyya setuju dengannya.
Reiyya memandang anak mata Malik yang berlaga dengannya. Dia memandang dalam dan cuba menyelami hati Malik ketika itu. Dia berasa hairan. Pelik kerana Malik beriya-iya ingin dia tinggal di rumah tersebut, tinggal bersama mereka. Kenapa? Kenapa sampai begini sekali? Kenapa sampai Malik harus merayu?
Mata Malik yang berkaca membuatkan dia dilema. Dia benci untuk tinggal di rumah itu bersama dengan keluarganya. Dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak menjejakkan lagi di rumah itu tetapi kini dia di persimpangan. Hatinya berbelah bagi. Haruskah aku beralah demi papa?
“Okey.” Akhirnya, setelah berperang dengan dirinya, Reiyya memberikan kata putus. Malik yang mendengar tersenyum gembira. Lega hatinya apabila hasratnya agar Reiyya tinggal kembali bersama keluarganya tercapai.
“Esok Reiyya pindah balik ya?” Ujar Malik bersama senyuman.
“Hmmm...” Reiyya kembali mengalihkan pandangannya. Dia kembali menunjukkan wajah dinginnya. Dia menunjukkan seolah-olah dia tidak punya perasaan dengan wajah sedih Malik tadi.
“Minggu depan Reiyya kerja dengan papa ya?” Ujar Malik ceria.
Dengan sepantas kilat Reiyya menoleh memandang Malik. Tubuhnya juga sudah ditegakkan dan mata terjegil mendengar kata-kata papanya tadi.
“What?!”
“MINGGU depan kerja dengan papa ya?” Malik mengulang kembali apa yang dikatakannya tadi. Dia tahu Reiyya tentu terkejut dengan permintaan keduanya ini tapi dia tetap suarakan hasratnya itu.
“No way! Eh, Reiyya setuju nak tinggal di rumah tu je. Papa jangan nak minta lebih-lebih pula ya!” Nada suara Reiyya kembali meninggi. Baginya permintaan Malik semakin keterlaluan.
Sudahlah paksa aku tinggal dekat rumah tu balik. Sekarang nak aku kerja dengan dia pula? Dekat rumah dah berhadap, takkanlah dekat pejabat pun kena jumpa? Eh, ini sudah melampau! Orang beri betis nak paha!
“Kerja dengan papa ya? Setahun je. Selepas setahun kalau Reiyya nak letak jawatan dan kerja dengan company lain papa dah tak kisah. Tapi sekarang ni kerja dengan papa ya? Tolong tunaikan permintaan papa, Reiyya.”
“Huh!” Reiyya merengus kasar. Ini yang aku malas ni. Kalau sudah guna suara yang lirih macam tu macam mana nak tolak. Hei, aku bukannya kejam sangat!
Permintaan demi permintaan daripada papa membuatkan dia semakin sakit hati. Hatinya yang sakit apabila dia harus terima permintaan papa itu.
“Okey tapi dengan syarat!” Kali ini Reiyya bersetuju tetapi bersyarat.
Tak boleh jadi ni. Kalau aku terima bulat-bulat maksudnya aku dah jadi baik di mata papa. Mana boleh macam tu! Aku kan budak jahat! Aku kan degil! Aku kan suka melawan kata! Ish!
“Apa saja syaratnya papa akan setuju asalkan Reiyya tinggal semula dengan kami dan kerja dengan company papa.” Dengan senang hatinya Malik berkata. Nampaknya segala hasratnya sudah tercapai. Hatinya lega.
Reiyya menjongketkan sebelah keningnya sebelum tersenyum sinis.
“Syarat pertama, Reiyya nak jadi timbalan CEO dalam company ni.Setuju?” Dengan selesanya Reiyya bersandar pada kerusi sambil menyilangkan kaki. Dia memandang wajah papa yang tengah berfikir dengan riak wajah yang kosong.
“Okey, papa setuju tapi prestasi Reiyya kenalah mengagumkan. Jawatan sebagai timbalan CEO ni bukanlah kerja yang mudah.” Ujar Malik setelah seminit berfikir.
“Don’t worry because I’m good.” Kata Reiyya dengan bangga bersama senyuman sinis.
“Syarat yang kedua, Reiyya nak papa sediakan kereta untuk Reiyya. BMW Sport!” Sekarang aku tengah tiada kereta so permintaan kereta daripada papa adalah wajib.
“Syarat yang ketiga, jangan nak kongkong hidup Reiyya. Jangan pernah tanya Reiyya pergi mana kalau Reiyya pulang rumah subuh. It’s my life so just let me enjoy.” Aku paling benci orang kongkong hidup aku jadi sebelum kena kongkong, baik aku buat syarat awal-awal. Lagipun orang balik dari club pukul tiga pagi kan?
“Syarat yang terakhir, setelah setahun Reiyya tinggal di rumah tu dan kerja dengan papa, Reiyya nak papa bagi RM1 juta. Jangan tanya kenapa Reiyya nak duit sebanyak tu. Apa yang Reiyya tahu, setahun kemudian duit sebanyak sejuta ringgit tu ada dalam akaun bank Reiyya. Deal?” Reiyya menegakkan tubuhnya dan mendekatkan dirinya dekat dengan meja pejabat Malik.
Apa yang dia buat dengan duit RM 1 juta? Dia sudah punya rancangan sendiri. Dia sudah fikir masak-masak dan ya dia perlukan duit RM 1 juta. Tiada kompromi.
Setelah beberapa saat memikirkan semua syarat yang dikemukakan Reiyya, Malik akhirnya memberikan kata putus. Walaupun dia berasa hairan apabila Reiyya meminta duit yang banyak dia tetap bersetuju. Baginya duit RM 1 juta hanyalah jumlah yang sedikit untuk Reiyya.
“Okey, deal! Tapi papa juga ada syarat untuk Reiyya. Hanya satu syarat.” Kali ini giliran Malik pula yang mengemukakan syarat.
“Papa nak Reiyya makan dinner di rumah setiap malam. Tiada malam yang terkecuali melainkan Reiyya ada urusan pejabat dan perkara yang mustahak. Deal” Malik berdiri sambil memandang Reiyya.
Reiyya tersenyum sinis. Makan dinner? Alamatnya setiap malam jugalah aku sakit hati dan sakit mata. Huh!
“Deal!” Reiyya juga turut berdiri dan terus berjalan keluar daripada pejabat Malik.
Perjanjian sudah dibuat dan nampaknya aku kena kentalkan hati. Bersedia untuk berhadapan dengan mama yang tidak pernah menerima kehadiran aku dan juga bersedia untuk berhadapan dengan Ella si drama queen! Si hipokrit! Musuh nombor satu!
“Oh, ya!” Reiyya kembali menoleh memandang Malik saat tangannya ingin memulas tombol pintu. Ada satu persoalan yang berlegar-legar di mindanya.
“Apa jawatan Ella dalam company ni?” Soal Reiyya.
“Sebelum ni Ella kerja sebagai timbalan CEO tapi...” Belum sempat Malik menghabiskan kata, Reiyya terlebih dahulu memotong.
“Tapi nampaknya kena turun jawatanlah kan?” Sejurus itu dia berlalu dari bilik pejabat papanya.
Senyuman yang tersungging di bibir lebar, sinis dan penuh maksud tersirat.
‘Nampaknya, aku kena buli kau Ella. Macam dulu-dulu.” Akhirnya Reiyya tertawa kecil. Walaupun hatinya sakit tapi membuli Ella sudah tentu akan memberi kepuasan.
Best..... #^_^
ReplyDeleteHarap dapat baca sambungannya secepat mungkin....
in sya allah :)
Deletemeletup-letup gitu..xD
ReplyDeletethx sbb sudi bca ^_^
Deletebest3 ! :D terisi masa pukul 3 pagi sebab bace citer ni :)
ReplyDelete