“SO macam mana?”
“Not good at all.” Reiyya mengeluh lemah lalu menghumban tubuhnya di atas katil.
“Kenapa pulak? Takkan baru masuk dah ada kes?” Soal Tink.
“Belum ada kes but I bet lambat laun tentu ada. Huh! I hate living in this house.” Telefonnya beralih pulak ke sebelah kiri. Terasa penat pulak tangan kanannya memegang telefon.
“Cuba think positive than negative.” Ujar Tink kegeraman.
“Why should I? Dekat rumah ni tiada yang positif, semuanya negatif. Sia-sia je kalau fikir positif.” Reiyya membalas malas.
“Suka hati kau lah. Aku cakap apa pun kau takkan dengar kan?”
“Hmmm, okey lah. Aku nak rehat. Aku baru je sampai ni.”
“Yalah but Reiyya...”
“Hmmm...”
“Don’t do something stupid, okey?” Ujar Tink dengan nada risau.
“Don’t worry.” Reiyya membalas malas.
Sebaik saja panggilan dimatikan, blackberry nya diletak di atas meja tepi katil. Buat seketika dia memerhatikan sekeliling bilik. Bilik yang sudah hampir 10 tahun ditinggalkan langsung tiada perubahan. Masih sama seperti dulu, seperti yang dia tinggalkan.
Tuk! Tuk! Tuk!
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Reiyya memandang pintu bilik seraya merengus kasar. Huh! The drama is just begin.
Sebaik saja pintu bilik dibuka, wajah Ella yang menjadi santapan mata. Wajah sinis itu hanya dipandang dingin. Apa lagi lah drama queen ni nak. Aku dah lah tengah penat ni.
“Hmmm, kau nak apa?” Soal Reiyya kasar. Dengan si Ella ni mana boleh lembut-lembut.
“Papa suruh turun makan!” Ujar Ella acuh tak acuh.
“Itu je? Okey, noted! Sekarang kau boleh keluar.” Reiyya ingin menutup pintu tetapi ditahan oleh Ella membuatkan dia bengang.
“Apa? Fikir Ella nak sangat kacau kak Reiyya? Oh, please lah! Ella benci bila kak Reiyya pindah balik sini.” Ujar Ella bersama senyuman sinis. Reiyya mengerutkan dahi. Aik? Ini macam nak cari gaduh je.
“Apa yang kau merepek ni? Sejak bila aku jadi kakak kau? Eh, kan aku dah pernah bilang jangan panggil aku kakak. Tak makan saman betul!” Reiyya merengus kasar.
“Ops, sorry. Tak boleh panggil kak Reiyya kan? Oh ya, sorellastra! Hmmm, baru sekarang Ella ingat.” Ujar Ella dengan sinis.
“Kenapa ambil jawatan Ella? Sorellastra memang nak sakitkan hati Ella kan? Memang tak puas hati dengan Ella kan? Sorellastra memang dengki dengan Ella kan?” Ujar Ella dengan wajah yang merah.
Reiyya hanya tersenyum sinis. Sebenarnya panggilan sorellastra kedengaran agak janggal pada halwa telinganya. Pelik! Haish! Apa-apa je lah. Dia hanya memeluk tubuh sambil memandang Ella dari atas ke bawah dan ke atas.
“Kau jadi timbalan CEO? Langsung tak layak lah.” Ujar Reiyya sinis membuatkan Ella membuntangkan mata.
“Eh, aku musykil lah. SPM pun fail boleh jadi timbalan CEO. Kau bomoh-bomoh papa kau ke?”
“Tak payah nak pedulilah. Ella dapat jadi timbalan CEO sebab papa sayangkan Ella.” Ujar Ella dengan bangga.
“Tapi nampaknya papa lebih sayangkan aku kan. See, papa setuju jadikan aku sebagai timbalan CEO and kau kena turun jawatan. Pity you!” Reiyya tersenyum sinis sambil berpura-pura bersimpati dengan Ella. Ella semakin bengang dan berlalu sambil menghentakkan kaki.
Reiyya hanya mencebik sambil menghempas pintu bilik. Hentak kaki macam budak-budak. So childish! Setelah mengemaskan bajunya, dengan malas dia keluar daripada bilik. Itupun setelah biliknya diketuk berkali-kali dan Malik tak sudah-sudah memanggilnya.
“REIYYA nak pergi mana?” Tanya Malik apabila melihat Reiyya sepertinya bersedia untuk keluar rumah. Dia hanya mampu menggeleng kepala melihat pakaian Reiyya itu. Jam pada dinding dipandang sekilas. Dalam diam dia mengeluh kerana jam sudah hampir pukul 11 malam tetapi ketika itulah Reiyya hendak keluar.
“Keluar.” Hanya sepatah saja yang dijawab Reiyya.
“Nak keluar pun pakai lah baju yang elok-elok. Pakai baju yang tak cukup kain ni kenapa?” Ujar Malik dengan suara lembut tetapi mampu membuatkan Reiyya mengeluh lemah.
“Kira okey lah ni Reiyya panggil singlet dengan seluar jeans. Kalau Reiyya langsung tak pakai baju, kena heartattack pulak papa nanti.” Ujar Reiyya selamba walaupun Malik seolah-olah tersentak mendengar butir bicara nya itu.
“Eh, jangan nak kurang ajar boleh tak. Baru je balik tapi dah buat perangai.” Ujar Serina tanpa memandang ke arah Reiyya.
Pantas saja Reiyya menoleh memandang Serina yang sedang duduk di sofa menghadap televisyen. Sejujurnya hatinya terguris tetapi bibirnya masih mampu tersenyum. Dia sudah lali dengan kebencian mamanya jadi mengapa harus diia bersedih.
Tanpa sebarang pamitan Reiyya segera meninggalkan rumah. Beberapa saat kemudian, kedengaran deruman enjin kereta yang meninggalkan perkarangan rumah.
“Itulah padahnya kalau dibelikan kereta. Dah tengah malam ni jugaklah dia nak merayau.” Ujar Serina sambil menjeling sekilas ke arah Malik yang berada disebelahnya.
“Saya dah janji nak belikan dia kereta, Ina.”
“Yang abang setuju dengan semua syarat dia kenapa?” Serina masih lagi tidak berpuas hati.
“Itulah satu-satunya cara untuk buat dia balik ke rumah ni. Takkan awak tak rindukan anak awak? Reiyya kan anak kandung awak.” Kali ini Malik menoleh memandang isterinya itu.
“Abang yang manjakan dia sangat. Tunaikan saja semua syarat dia tu, alamatnya dia makin liar. Entah-entah dia tu nak bolot harta abang.” Serina hanya mencebik. Rindu? Perasan itu langsung tiada dalam hatinya.
“Abang hairanlah dengan Ina ni. Dari dulu lagi tak pernah berbaik dengan Reiyya. Selalu sangat buruk sangka dengan Reiyya. Kenapa? She is your own daughter, Ina. Anak yang Ina kandung selama sembilan bulan. What’wrong with her?” Soal Malik sambil memandang tajam ke arah Serina.
Serina hanya mampu mendiamkan diri. Dia langsung tidak menoleh memandang Malik apatah lagi ingin membalas kata. Perlahan-lahan dia bangun daripada sofa dan bergerak naik masuk ke bilik.
Malik menggeleng-geleng kepalanya. Melihat kelakuan Serina membuatkan dia bingung sendiri.
“JUST coke, please.” Sebaik saja membuat pesanan, pelayan tersebut terus beredar.
Reiyya memusingkan badan dan memerhatikan sekeliling kelab malam itu. Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki di kelab malam itu. Inilah satu-satunya kelab malam yang jauh daripada rumah kediaman Malik. Perjalanannya ke sini juga mengambil masa hampir sejam.
“Miss...”
Reiyya kembali menoleh ke belakang apabila dia ditegur oleh pelayan yang bekerja di bar tersebut. Sebaik saja dia menoleh segelas minuman yang berwarna biru langit sudah tersedia pada bar. Reiyya mengerutkan dahi lalu memandang bingung kepada pelayan di hadapannya. Pelayan itu hanya tersenyum sambil menunjuk ke arah hujung bar. Reiyya turut melihat arah tunjuk pelayan itu dan ternyata seorang lelaki sedang tersenyum memandangnya.
Pretty lady lonely... May I join you?
Reiyya hanya tersenyum sinis sebaik saja membaca nota yang diselit bersama minuman tadi. Hmmm, dasar lelaki.
“So, may I join you?” Ternyata lelaki tadi sudah berdiri di tepinya.
Reiyya menoleh ke kanan dan memandang lelaki itu. Hmmm, not bad! Muka macam Nichun penyanyi Korea tu. But sorry lah bro, I’m not interested.
“I tak pernah nampak you sebelum ni. Awak baru pindah area sini ke?” Sekali lagi lelaki itu hendak memancing perbualan apabila melihat Reiyya tidak mempedulikannya.
“I baru balik dari London.” Ujar Reiyya ringkas.
“Oh, really? I used to lived in London but now balik Malaysia because of business.”
Sekali lagi Reiyya tersenyum sinis. Aku tak tanya pun. Sibuk je nak bagi tahu aku semua tu, apesal?
“Well, my name is Zack, Zachary Dain and you?”
Reiyya hanya memandang sepi tangan Zack yang dihulur kepadanya.
“Reiyya.” Balas Reiyya tanpa menyambut tangan Zack. Matanya liar memerhati sekeliling kelab. Sesekali kepalanya turut sama digoyangkan bersama lagu yang dimainkan.
“You ni sombong but I like it.” Ujar Zack lalu tergelak kecil.
Entah mengapa hatinya tertarik dengan Reiyya. Matanya terus saja terpaut pada Reiyya sebaik saja gadis itu melangkah masuk ke dalam kelab. Pakaian gadis itu cukup simple, dengan hanya singlet putih dan jeans ketat, dia sudah tertarik. Tetapi yang membuatkan dia terpegun ialah wajah gadis itu. Walaupun dengan suasana yang kelam, dia tahu Reiyya langsung tidak memakai alat solek. Walaupun sekadar bedak tipis dan lip gloss, wajah itu cukup menawan. Mampu membuatkan jantungnya gugur.
Reiyya pulak sudah menjulingkan matanya ke atas. Rimas apabila lelaki ini memandangnya macaam nak telan.
“Kalau dah tau I ni sombong, buat apa nak try dekat.” Ujar Reiyya membuatkan Zack tersenyum sinis.
“I suka gadis macam you. Yang susah nak dipikat macam you ni barulah ada thrill. So I nak pikat you boleh?” Kali ini tangan Zack sudah meliar di bahu Reiyya yang terdedah.
Reiyya tersenyum sinis. Nak pikat orang pun nak minta izin ke? Yang tangan tak pandai nak duduk diam tu pulak kenapa? Ada jugak yang kena pelempang sulung aku tak lama.
“You nak pikat I?” Soal Reiyya dengan sinis.
“Yes, dear. You ni cantik dan megancam sangat.” Kala ini tangan Zack pulak sudah meliar pada leher Reiyya.
“You buat I geram...” Bisik Zack dekat dengan telinga Reiyya.
“You pikat lah kalau dapat but I berani kerat jari yang you takkan mampu pikat I.” Ujar Reiyya lalu menolak tubuh Zack yang hampir memeluknya.
Reiyya pantas mengatur langkah meninggalkan Zack dan juga kelab tersebut. Entah mengapa malam ini dia langsung tiada mood untuk bersantai di kelab malam sehingga ke pagi. Rimas pulak ada Zack menjadi langau. Huh!
Sebaik saja kakinya menjejak keluar daripada kelab tersebut, dia terlanggar dengan seseorang sehingga membuatkan dia hilang keseimbangan. Namun ketika dia hendak terjatuh, pinggangnya dipaut manakala tangannya automatik memaut bahu orang tersebut.
‘Huh... Nasib baik tak jatuh. Kalau tak, buat malu je.’ Monolog Reiyya di dalam hati. Sebaik saja matanya mendongak memandang si dia yang telah menyelamatkannya daripada terjatuh, Nan tergamam. Bukan sahaja kerana wajah mereka yang dekat, bahkan kerana dia cukup mengenali si dia yang baru saja menjadi heronya.
Mata Reiyya membulat dan lidahnya kelu. Jantungnya kala ini berdegup pantas malah sepantas kilat. Matanya langsung tidak berkelip dan dia hanya memandang mata si dia. Buat seketika, terasa masa yang berjalan terhenti dan bumi berhenti berputar.
Apabila meyedari bahawa dia masih lagi berada di hadapan kelab dan orang ramai lalu lalang memerhatikan meraka, Reiyya segera menolak tubuh yang memaut pinggangnya itu.
“Reiyya? What are you doing here?” Soal Carl.
Sungguh dia tidak sangka dia akan berjumpa dengan Reiyya di sini. Bukannya dia tidak tahu gadis itu baru saja keluar dari kelab malam. Sungguh selama dua minggu, dia bagaikan menunggu pertemuannya dengan Reiyya lagi. Baru saja kejadian dua minggu yang lalu ingin lenyap dari fikirannya, kini dia terserempak dengan Reiyya malah menyelamatkan gadis itu daripada terjatuh.
“Non of your business.” Ujar Reiyya apabila melihat Carl tidak sudah-sudah merenung wajahnya. Dia ingin segera mengangkat kaki dan meninggalkan lelaki itu tetapi Carl menghalang laluannya. Huh!
“What do you want, Carl?” Tanya Reiyya dengan malas. Pelik rasanya kerana Carl menghalangnya daripada pergi.
“Hmmm, dah lama kita tak berbual kan. Jomlah, kita bersembang sekejap.” Ajak Carl membuatkan Reiyya mengeluh lemah.
“I tak nak! Dah lah, I nak balik.” Sekali lagi Reiyya ingin berlalu tetapi Carl memaut lengannya membuatkan langkah Reiyya terhenti. Reiyya semakin bengang.
“Lepaskan!” Pantas Reiyya merentap lengannya daripada dipegang Carl. Dia memandang tajam ke arah Carl tetapi lelaki itu seolah-olah tidak kisah.
“I nak ajak bersembang je, itu pun dah nak marah ke? You know, you have change a lot, Reiyya.”
“So what? Tak payah nak peduli lah. Tak payah nak pura-pura jadi caring pulak. I don’t give a damn.” Reiyya menjeling tajam Arel dan terus berlalu meninggalkan Arel.
Sebaik saja memasuki kereta, Nan mengeluh lemah sambil meraup wajahnya. Kenapa aku kena jumpa lelaki tu lagi? Huh! Baru saja Reiyya ingin menutup pintu kereta, Carl muncul dan menahan pintu daripada ditutup. Mata Reiyya membuntang dan nafasnya turun naik. Ugh!
“What do you think you are doing, Carl?!” Jerit Reiyya.
Ingin saja dia memaki hamun Carl tetapi tubuh Carl mendekat dengannya membuatkan dia bersandar pada kerusi kereta. Tiba-tiba mulutnya terkunci rapat apabila wajah Carl begitu rapat dengannya. Jika dia bergerak sedikit, sudah tentu hidungnya akan berlaga dengan hidung Carl. Waktu ini jugaklah jantungnya kembali berdegup kencang. Wangian daripada tubuh Carl membuatkan dia gugup dan terbuai.
“I lupa nak cakap. Yes, you change a lot which is you makin sombong and...” Tangan kanan Carl mengusap pipi Reiyya membuatkan Reiyya semkin sesak nafas. Carl seolah-olah ingin menggodanya.
“... makin cantik.” Carl tersenyum sambil memandang redup ke dalam anak mata Reiyya. Setelah itu dia menutupkan pintu kereta Reiyya. Sebaik saja pintu ditutup, Reiyya pantas menghidupkan enjin kereta dan memecut meninggalkan Carl.
Carl memasukkan kedua-duanya tangannya pada poket jaket bajunya. Sekali lagi dia tersenyum walaupun kereta Reiyya sudah menghilang.
Dalam masa yang sama di dalam kereta, wajah Reiyya merah membahang. Kurang ajar! Arghhh! Tak guna kau, Arel!!!
Best.... #^_^
ReplyDeleteThnk u :)
DeleteDah lm sepi blog ni..
ReplyDeleteX de new entry ke..?
best...nak lagi...cepat2 la update bab baru ya ;D
ReplyDelete